Ciri-ciri Burung pucung seriap

Burung pucung seriap ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam: haiwan, filum: kordata, sub-filum: bertulang belakang (vertebrata), kelas: burung. Burung pucung seriap ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh burung pucung seriap tidak bergigi.

Burung pucung seriap merupakan burung besar yang berdiri setinggi 100 cm (40 in); panjangnya 84–102 cm (33–40 in) dengan lebar sayap 155–195 cm (61–77 in).[8] Berat badannya dalam lingkungan 1.02–2.08 kg (2 lb 4 oz–4 lb 9 1⁄4 oz).[9] Bulunya rata-rata berwarna kelabu pucat di lapisan atas dan putih kekelabuan di bawah, dengan sedikit hitam di bahagian lambung. Yang dewasa mempunyai kepala dan leher putih dengan supersilium [en] (jalur kening) hitam lebar yang berhujung di jambul berjuntai yang halus, serta jalur-jalur hitam kebiruan di bahagian hadapan leher. Di bahagian skapula (belikat) dan tapak leher pula bulunya agak panjang. Burung muda biasanya lebih kusam warnanya berbanding yang dewasa, iaitu tiada jalur hitam pada kepala dan dengan kepala kelabu dan jambul kelabu tua yang kecil. Paruhnya berwarna kuning kemerahan, panjang, lurus dan kuat, malah lebih cerah warnanya pada dewasa yang membiak. Iris matanya kuning dan kakinya berwarna perang dan sangat panjang.[10]

Rujukan

WikiPedia: Burung pucung seriap http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/201... https://www.google.com.my/search?hl=en&tbm=bks&ei=... https://books.google.com.my/books?id=gKfkbf9fPUYC&... https://www.nationalgeographic.com/animals/2020/09... https://animaldiversity.org/accounts/Ardea_cinerea... https://web.archive.org/web/20160112220326/http://... http://www.heronconservation.org/styled-5/styled-6... https://www.biodiversitylibrary.org/page/727050 https://archive.org/stream/Helm_Dictionary_of_Scie...